Pages

Monday, November 29, 2010

now and then

now
aku sangat marah dengan kau


aku nak tunggu
esok esok esok esok esok


sampai
aku dah tak rasa apa-apa


kau nak tahu ?!
tak rasa apa-apa sebenarnya lagi teruk dari rasa marah aku pada kau sekarang


at least
now aku masih ada perasaan pada kau

Wednesday, November 24, 2010

doa yang sama

yang aku tak pernah bosan,



"aku sujud padaMu pada hari ini,
dan janganlah kau dustakan aku pada hari akhirat"

Tuesday, November 23, 2010

Monday, November 22, 2010

dari abjad direnda kata - samadsaid

Apa dianugerahi
sebaik tercelik mata
sejak terserlah mentari
adalah satu hadiah,
ihsan daripada Tuhan,
kepada setiap insan.

Bermula nafas yang segar
dengan unggas yang tercergas,
azam dan cita-cita besar
dengan fikiran yang waras;
ia tetap anugerah
yang terlalu luar biasa.

Kepada insan yang ragu
belajarlah syukur selalu.


aku rindu keluarga, rindu emak aku


erm, silap

dulu,

aku rasa kau akan perlukan aku,
lebih dari aku perlukan kau

aku silap.
aku perlukan kau, lebih


lebih lebih lebih lebih lebih

Sunday, November 21, 2010

hari ini, saya sayang awak lebih dari saya sayang awak semalam

Buat bodohlah akan perasaan engkau itu,
Bilamana kau rasa yang kau amat dahagakan cinta.
Padahal engkau tahu yang engkau tidak mampu penuhi cinta tersebut.
Kerana sebenarnya engkau belum lagi bersedia.

Jangan kau bermain kata dusta dengan si dia,
Pabila hati engkau masih belum sedia untuk berdua,
Kerana kau hanya akan melukakan hati nya,
Hati yang mengharap akan sesuatu dari engkau.

Ya,
Mungkin kau amat sayangkan dia,
Kau takut suatu hari nanti,
Seseorang akan mengambil dia,
Dimana ketika itu kau tidak mampu berkata apa kerana dalam diri kau masih belum bersedia.

Oleh kerana itulah,
Kau tipu dia sekarang ini,
Kau cakap kau sayang dia,
Kau cakap kau cinta dia,
Kau cakap kau perlukannya,
Padahal
Kau hanya
Takut kehilanganya di hari kelak.

Sekarang kau begitu,
Masih menipu dia,
Padahal hati kau masih belum bersedia.

Hei bahlul,
Kau tidak tahukah yang Pencipta kau akan tolong kau jika kau iklhas dan betul-betul ingin memperisterikan perempuan idaman engkau?
Tidak mengisytiharkan diri sebagai pasangan kekasih tidak bermakna kau tidak akan mengahwini dia.

kau silap konsep.
Itu konsep manusia cipta.
konsep tuhan telah lama tersedia.

Kalau
Kau sayang dia,
Kau berdoa dengan Pencipta kau,
Mintak dia jodohkan dengan kau
Pabila kau SUDAH BERSEDIA KELAK.
Tidak perlu kau berpasangan sekarang bilamana kau belum bersedia untuk berkahwin.

Monday, November 8, 2010

chance

aku nak baik dengan kau sebenarnya

bagi aku peluang